Memulakan dengan Akuarium Kecil
“Akuarium kecik lagi murah, mudah di maintain dan pendek kata senang nak jagalah”. Tulah ungkapan yang kami selalu sangat dengar daripada peminat ikan hiasan tropika yang baru berjinak dengan hobi ini. Sebenarnya SALAH! Sebenarnya kalau anda nak tahu, semakin kecik akuarium anda, sebenarnya lagi susah. Sebab apa? Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan anda dalam risiko kematian…Jadi nasihat kami kepada peminat baru, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter. Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk anda terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan yang kami akan dedahkan kepada anda dalam artikel kami nanti.
Memasukkan Ikan dengan Cepat
Akuarium dah beli, air dah masuk, anti klorin, batu, pam, lampu dan segalanya dah terpasang..Tunggu apa lagi. Start enjin kereta pastu pergi kedai ikan berdekatan beli 3, 4 ekor ikan yang minat pastu terus balik masukkan dalam akuarium…Cantiknya…tapi besok pergi kedai ikan tu balik cakap kat tokey kedai..Ikan semalam sudah mati..Apasal haa? Situasi lebih buruk yang selalu kami tengok, beli akuarium baru dan terus beli ikan..Maksudnya, pas balik set up masuk air terus masuk ikan..wah bestnya..(30 minit awal) dan selepas 2, 3 jam..dah mati….huhuuhu..
Apa yang salah di sini? Kami tau ramai peminat yang pernah melihat ataupun merasai pengalaman tersebut sendiri..betul tak? Sebenarnya, ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..Jadi, nasihat kami biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar. pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. Lepas tuh, baru masukkan ikan dik..Sabar..
Terlampau Banyak Ikan Serentak
Comellah ikan-ikan ni..beli banyak-banyak pastu letak dalam akuarium kat rumah mesti lawa nih..Tauke kasi bungkus 10 ekor..heheheheh..Pastu balik letak dalam akuarium baru anda..keesokan harinya, tengok-tengok..lahhh..5 ekor dah busuk melampung perut atas, 2 ekor tercungap kat muka air, sekor berenang tunggang terbalik, 2 ekor dah kat dasar mati…sedihnya..Kenapa jadi macam ni? Semalam semua masa beli dan letak dalam akuarium sihat-sihat..
Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebab akuarium baru belum betul-betul ready dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium anda. Oleh itu, apa yang anda boleh buat, beli sekor dua saja ikan yang lasak dan belanya dalam masa seminggu dua..Lepas tuh, dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga sifar sebelum masukkan ikan sekor dua dari masa ke semasa. Keywords nya, jangan masukkan terlampau banyak ikan serentak dalam suatu masa.
Akuarium Sesak
“Alamak, elektrik kat rumah terputus…confirm ikan akan mati tak cukup oksigen…”. sedihkan sebab elektrik terputus ikan jadi mangsa..Kenapa? Sebab terlampau sesak..Walaupun anda pernah melihat akuarium yang penuh sesak tapi bagi anda yang baru mulakan hobi ini adalah amat tidak digalakkan. Malah, kami sendiri tidak pernah menyesakkan akuarium kami walaupun kami memiliki ikan-ikan air tawar dan marin di kedai..Pernah suatu hari fius bekalan kedai kami telah terbakar dan menyebabkan bekalan terputus selama sehari ketika hari cuti.. besoknya, syukur kerana tiada seekor ikan pun yang mati.
Oleh itu, kami nasihatkan kepada anda supaya tidak memasukkan ikan terlampau banyak dalam akuarium anda kerana sudah tentu kandungan oksigen tidak cukup, ikan bergaduh, air cepat kotor dan bermacam lagi dik.. Amalkan konsep mudah kami seinci ikan untuk 5 liter air. Katakan anda mempunyai akuarium bersaiz 3 kaki kaca standard atau 100liter..jadi sekiranya ikan anda minati bersaiz maksimum seinci jadi anda boleh memelihara 20 ekor ikan dan sekiranya 2 inci setiap ekor jadi 10 ekor kesemua ikan yang boleh anda pelihara. Mudahkan..
Memelihara Ikan yang Tidak Bersesuaian Bersama
Semasa pergi kedai ikan, anda terpandang ikan oscar veil tail. Mesti kalau beli dan bela bersama ikan emas kat rumah mesti cantik giler..Ekor panjang merambu ramba macam kain baju pop yeh yeh..dan besoknya…mana ikan-ikan emas comel kecik aku ni?kenapa tinggal ikan oscar ni je? pening. takkan melompat plak ikan emas perut bulat montel aku ni..mana boley..pastu..selidik punya selidik…siot punya oscar, rupanya dia telan habis. patutlah abis licin ikan emas aku dan perut ko plak kembong semacam..
Situasi di atas adalah antara contoh-contoh kesilapan ramai peminat dan mungkin anda juga termasuk dalam golongan ini..hehheh..tapi sama-samalah kita belajar daripada kesilapan lalu. Sebabnya, itulah pengalaman saya semasa berumur 4 tahun dahulu dengan ikan-ikan pertama saya..heheheh..
Oleh itu, apa yang kita boleh buat, study dulu ikan-ikan yang kita minat sebelum membuat keputusan membeli. Takut rugi dan tak berbaloi. Study tentang spesis ikan tu boley ke atau tak dengan ikan sedia ada kita. Apa-apa pasal ikan-ikan ni akan kami terangkan dalam artikel yang lain dan konsep mudah dalam memilih ikan – mana-mana ikan yang muat ke dalam mulut ikan lain akan berakhir riwayatnya di situ..=)
Terlebih Makanan
Ikan ni lapar ni..Setiap kali lalu depan akuarium mesti ikan-ikan ni berenang atas muka air mintak makanan..Sebenarnya tidak benar. Sebab ikan hanya makan apabila perlu sahaja. 2 kali sehari dengan setiap kali makan 2-5 minit sahaja tempoh makannya sedikit demi sedikit.
Semasa tempoh akuarium baru di setup, pemberian makanan tidak lebih sekali sehari dan semasa bacaan ammonia tinggi pula hentikan pemakanan sehari dua. Jangan risau sebab ikan mampu bertahan tidak makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri.
Penapisan Kurang Sesuai
Bang, kenapa akuarium saya selepas seminggu dua mesti keruh walaupun saya gunakan filter? sudahlah filter mahal dan jenis tu baik kata tokey kedai si polan si polan tu.penatlah saya nak mencuci akuarium macam ni..heheheh..banyak kali kami mendengar rungutan, keluhan, dan seumpamanya..sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni. Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tapi tak efektif..konsep mudah, katakan akuarium anda berkapasiti 90 liter, jadi jika anda menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 270 liter/hour atau 270 liter sejam.
Tidak Memeriksa Kualiti Air
Ramai orang beranggapan kenapa perlukan test kit??member bela tak pernah bertest test kit pun.kenapa saya nak bazirkan duit brli semua tuh? kalau anda nak tau, ini kerana akuarium yang telah matang atau telah lama sudah mempunyai kestabilan dari segi parameternya seperti pH, ammonia dan nitrogen..dan selalunya itu pun yang betul-betul peminat tegar,,tak percaya, cuba perhatikan banyak akuarium tropika di negara kita..tak usah jauh, dekat restoran tom yam yang berdekatan rumah anda kalau ada akuarium pun tak bersih, banyak berlumut..itu menandakan nitrit (nutrien penting menggalakkan pertumbuhan algae@ lumut).
Oleh itu, bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali dan sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.
Tidak Menukar Air
Kenapa air akuarium saya namapak kekuningan? Tengok ikan berenang ok jer..Kalau anda nak tahu, ianya adalah disebabkan kandungan tanin dan hasil buangan ikan serta makanan yang terlarut dalam air. Peminat akuarium baru jarang membuat senggaraan akuarium kerana merasakan leceh dan tidak perlu selagi mana ikan berenang baik. Sebenarnya mudah sahaja, buangan ikan yang terkumpul pada dasar akuarium hanya perlu di siphon kan keluar atau disedut keluar dengan paip dan kemudian digantikan dengan air paip baru yang telah diletakkan anti klorin dalam bekas berasingan.( pastikan bekas/ baldi tersebut tidak digunakan untuk membasuh baju, menukar minyak hitam kereta dan lain-lain kegunaan). Beli baldi biasa yang biasanya dijual dengan harga RM 5 -RM8 dan tulis dengan marker pen di luar dengan perkataan “Untuk Akuarium Ikan Sahaja”. Oh ya, satu lagi tabiat peminat ikan di negara ini yang terlebih rajin =) adalah dengan menukar 100% air akuarium, mengangkat akuarium ke bilik air atau hadapan rumah untuk dicuci serta membasuh semua batuan/ pasir. Sebenarnya tak perlu pun. Penukaran air sebanyak 25% -50% sebulan sekali sudah cukup untuk memastikan akuarium dan ikan-ikan kesayangan anda sihat dan happy. =)
Utk test kit tu slalunya brapa ya satu?
BalasPadamSatu lg, aquarium kita gunakn air hujan sesuai tak?
Test kit ni bnyk jenis pling murah dlm rm10 ...air hujan yg baru turun pstu kita pi tadah tu x elok sebenarnya kerana mengandungi asid at least biarkan dulu hujan tu turun selama 20 minit bru la pi tadah
PadamPerlukah aquarium diletakkan dengan batu atau pasir sbg dasar?
BalasPadamJika anda ada membuat aquascape sehrusnya diletakkan dgn substrate supaya pokok tu x terapung apung ..lgi stu manfaatnye adalah untuk menjadi rumah kepda bakteria baik yg boleh mengurangkan amonia dan mengekalkan kejernihan air
PadamPerlukah aquarium diletakkan dengan batu atau pasir sbg dasar?
BalasPadamPalabapak kau
Padamikan emas aq 6 ekoq hbis mti psal aq ni trlajak rjin angkat akuarium p blik air dan basuh tros keseluruhannya...T,T
BalasPadamJangan basuh akuarium atau apa- apa alatan dengan menggunakan bahan pencuci. Hanya gunakan garam sahaja.
PadamXperlu pon wc air smpai 100% kerana ia menyebabkan ph air menjadi tidak stabil bila dimasukkan air baru at least wc sebanyak 25% pada 2minggu sekali pon dah cukup lain tu serahkan sja pada bakteria dan filter bekerja
PadamMati sekoq ikan mas aku..nk buat cmner tuan dy terlampau rajin pi tukar air siap cuci lg ..hmm syg ikan tu
PadamSebelum ni saya bela guppy dlm bekas kecil, baru je beli aquarium tp lupa nak basuh batu karang terus je lebur dlm aquarium masuk bsama ikan guppy. Lepas 3 hari ikan saya mati 3 ke 4 ekor.. ini punca dari ikan tersangkut pada pam @ ph air? Mohon bantuan
BalasPadamIni disebabkan air dlm tank tu belum cycle sepenuhnya lagi mse tu semua amonia,toksik terkandung dlm air oleh itu seeloknya biarkan dulu pam tu running dalam seminggu untuk mewujudkan bakteria baik yg boleh menuraikan amonia tu
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSy ade membela 2 ekor ikan parrot..masalah nya ikan tu suka mengorek pasir..sebab ape ye..
BalasPadamKalau tak silap saya itu memang sifat ikan red parrot tu. Ikan tu mcm ikan oscar jugak suka korek pasir.
PadamSalam semua harap dapat bantu bantu saya yang baru dalam minat akuarium Ni. Kenyataan di artikel atas sebijik pengalaman saya..beli ikan tiger 9 ekor siang Hari,malamnya semua mati.
BalasPadamAkuarium Saya lebar sekaki Dan panjang 2 kaki. Saya Ada beli batu bubble utk Buih oksigen.tapi filter macamana pulak ye?? Blh whatsapp Saya yg Mana tahu.011-37701940
ni guna air pump je ke atau gna top filter skali? ..ada bnyk sebab dan punca kematian ikan2 ni...kualiti air...terlebih makan..oksigen kurang..9 ekor rsanya terlalu bnyk untuk akuarium bersaiz mcm tu...
PadamNk tye jgk la lps masuk air tu terus masuk ikan ke cmne..klu cik pkai top filter x perlu dah pkai oksigen pum sbb dh ade percikan tu kira dah ade pergerakan la dlm air yg mewujudkan oksigen
PadamKalau ikan sikit2 naik atas tu dia lapar ke atau amek angin ye?sy ni jaga kn ikan org tapi tuan dia mcm x nk lagi dah...buat msa ni bila sy tgk dia nek atas je sy cpt2 ksi mkn
BalasPadamklau ikan kerap diatas permukaan ada beberapa sbb..oksigen kurang...stress akibat dibuli...kena rajin2 pantau..
PadamAde pkai pum x .ph air brpe..letak ikan ape dlm tu
Padamsaya pun mengalami benda yang sama , ikan kerap ke atas . dan sya takde pakai pum air tu . minta tunjuk ajar sikit
Padamsalam..nak tanya..baru baru ni sya ada membeli dua ekor ikan lampam yg kecik..tp dua ekor tu mcm bgaduh pulak..kenapa ye?
BalasPadamletak 3 ekor lampam...or no. ganjil..biasanya kalau 2, akan ad pertelingkahan sbb masing2 nk jadi alpha
PadamSalam..nk tnye niee...kenapa air dlm aquarium semakin lama semakin berkurangan ye???check punye check aquriuam xde bocor pun..ape masalah erkk??
BalasPadammemang air akan berkurangan sebab sistem aliran pam.. lagi satu cuaca juga membantu mengurangkan air.. walau pun dalam rumah
PadamCahaya lampu dan penyejatan air
PadamNi mesti x blajo sains dulu kan.kat sekolah banyak main😂😂😂 hehe gurau
PadamIkan la minum air tu.. Dia dahaga.. 😊
PadamTerima kasih kerana sudi berkongsi, moga dpt pahala. #minatbelaikan
BalasPadammcm mane nak tahu ph air berape? so kalau nak beli ikan perlu beli 1 atau 2 ekor ikan then baru letak dekat dlm akuarium baru sebab nak bagi aur itu stabil?
BalasPadamnak tahu pH air perlu ada pH Test Kit..nak beli ikan utk test kestabilan air, cuba beliikan yg murah & kuantiti 1-2 ekor shj, biarkn dlm akuarium & pantau..tujuan running atau cycle air adalah untuk beri ruang bakteria berkoloni/membiak..
PadamIkan saya ada 7 ekor..dah dua minggu beli lepastu tadi ada 4 ekor mati..lepastu saya tukar air dan 2 ekor ikan saya (yg paling kecil) matanya jadi putih..sebab apa ye?
BalasPadamantara kebiasaan punca mata jd putih adalah disebabkan parameter air yg tidak sihat, fungus/kulat tumbuh disekitar mata ikan..klau betul mata ikan ikan jd putih sebab fungus, cara rawatnya adalah dengan kuarantinkan ikan dlm bekas berasingan..tambah sedikit garam pd air & biar ikan berenang dlm bekas kuarantin selama lebih kurg 15-30 minit..sementara tu, tukar separuh kandungan air akuarium..dah siap tukar air akuarium, masukkn ikan yg dikuarantin ke dlm akuarium semula..setiap hari kene pantau.kebiasaannya kalau sudah dirawat, ikan akan beransur pulih sedikit slepas sehari..sy sarankn anda utk join group FB "Malaysian Akuarium Fishkeeper"..ramai yg boleh membantu disana..
PadamUjian ammonia memang perlu dilakukan ke ??.....kalau x buat ujian ammonia boleh x??
BalasPadammmg perlu lakukan pengujian..tujuannya utk mengenal pasti tahap kandungan gas tersebut..jernihnya air bukan penanda air bersih atau bebas gas racun..meh join FB group "Malaysian Akuarium Fishkeeper"..
PadamBoleh x guna air dari penapis air untuk kita minum tu??...seperti coway
BalasPadamkalau penapis air tersebut mampu hilangkn kandungan klorin dan/atau kloramin, boleh je guna..nak pastikan kandungan klorin dah free atau tidak,belilah Chlorine Test Kit..muraaa je..
PadamTq boss☺️☺️
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau pakai air paya terus utk ikan guppy, perlu x anti klorin semua tu?
BalasPadamair paya mmg xperlu anti-klorin..tp kene tau samada air paya tu ok ke x?takut ade bahan chemical yg lain yg tuan xpasti..uji dgn test kit dahulu..ataupun boleh cuba uji dengan sekor ikan dahulu..
PadamBerapa jumlah anti klorin yg sepatutnya utk akuarium 2kaki setengah.. Terima kasih
BalasPadamBiasenye pada botol anti-chlorine ade panduan penggunaan bahan cecair tu..ikut shj..
PadamBoleh tak Kalau air tu guna air penapis coway je? T.Kasih
BalasPadamAde sbhgian pengguna kata boleh pakai air coway utk isi dlm akuarium..papepun, nak tau air tu selamat atau x, mesti test guna pelbagai chemical tester..google lah..bnyk bab pasal air ni..
PadamBaru beli ikan tadi,, lepas tu tengok balik dalam 30minit semua mati dgn ikan2 bandaraya pun mati, kenapa eh boleh whatsapp saya 0199711483
BalasPadamSy cadangkan tuan request masuk group fb Malaysian Aquarium Fishkeeper..kat situ ramai sudi bantu utk kenalpasti punca ikan mati..hehe
Padamkan..kita duk sangka ikan mop tu sgt tahan lasak...
PadamAs salam..nak tanya bole kew campur ikan flower horn, parrot, ikan emas dgn ikan2 yg kecik2 cam barb tiger neon dan lain2..tolong plssss...
BalasPadamW'salam..stiap ikan tu ade berbagai sifat, tabiat & kelakuan..ade sbhgian tu x ngam utk masuk dlm 1 akuarium..kebiasaannya, slagi muat mulut ikan besar utk mkan ikan yg kecil drp dia, dia akan makan..tp ikan kecik sama kecik pun, x semestinye ngam..jom masuk group fb Malaysian Aquarium Fishkeeper..ramai sudi bantu jwb soalan..
PadamBoleh ker guna air mineral utk tukar air ikan?
BalasPadamBoleh tp ade sesetengah org cakap x digalakkan..
PadamSalamm.. sy bru setup aquarium, sy pakai aqua soil utk dasar dan batu di atas... Berapa lama nak kena running filter sblm masukkan ikan balik?
BalasPadamPaling kurang sebulan, lebih lg bagus..
Padamsalam nak tnye, saya dh bela ikan dh nak sbulan..selama ni elok je tetiba semlm die jadi tak lalu makan berenang pon setempat je..jadi apa yg perlu saya buat? adakah die kekurangan oksigen? kalo kekurangan oksigen ada tak cara2 nk tmbah oksigen? atau ada penyakit lain? saya bela ikan lemon
BalasPadamW'salam. Alamak ikan lemon tu ikan ape? Dah sebulan tu ade buat water change x utk akuarium? Utk lebih lanjut boleh ke fb Malaysian Aquarium Fishkeeper.
Padamikan dia warna kuning terang, jika jantan sirip belakangnya ada warna hitam, jika betina tida
PadamSaya ad bela ikan guppy.. Salah satu ikan saya dia berenang terbalik.. Sebab apa ye?? Ad kaedah rawatan dia x?
BalasPadamIkan awak dah dpt sakit swim bladder..kebiasaan sakit ni mmg berakhir dgn kematian,sbb nak rawat dia makan masa & kos utk seekor gapi.melainkan awak sanggup hadap. Sila ke fb Malaysian Aquarium Fishkeeper..
PadamSalam saya baru beli akuarium masukkan batu clorin pokok hidup dan beli ikan guppy hrini msuk hri kedua ikan dh mula xactiv bnyak dok menung esoknya mati
BalasPadamW'salam..kene ceritakan mcmane awak setup aquarium, tempoh mase setup,sblm masuk ikan..sila ke fb Malaysian Aquarium Fishkeeper..
Padamnyudahnya kita pn fade up kn...
PadamNk tanye saya ad lbih kurang 20 ikan guppy kacukan...n sudah beberapa bulan ikan tu ok je..then pada satu hari tu, saya ke kedai ikan dan saya beli ikan guppy yg biasa..pastu saya campur sekali dgn ikan guppy kacukan tu..mula² saya tngok ok je..then keesokan harinya tu, saya dapatu ikan guppy jenis biasa yg saya bari beli tu mati..apakah sebabnya ehh??..Ya Allah sygnya...mohon sape² yg thu
BalasPadamBanyak sbb..mungkin ikan yg baru beli tu dah infected penyakit tp awak xdpt nak kenalpasti..sbb org yg biase bela & belek ikan, dia xkan terus beli atau randomly sauk ikan sebelum dia pastikan ikan tu sihat or x..sila ke fB Malaysian Aquarium Fishkeeper..
PadamBleh ke guna air coway?
BalasPadamBoleh utk bela ikan..
PadamAkuarium 2 kaki stengah pakai topfilter,jd powerhead kena pkai berapa liter/jam pnya ?
BalasPadamKira isipadu air utk aquarium tuan,lepastu darab 5 atau lebih..hasil darab tu lah jwpan utk pertanyaan tuan..sila ke fb Malaysian Aquarium Fishkeeper utk pertanyaan lanjut.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBetul ke kalau dh letak garam biru tak perlu pkai antiklorin lg?
BalasPadamGaram xde kena mengena dengan antiklorin. Klau mmg xde antiklorin, boleh perap air utk hilangkan klorin. Dia akan meruap,pastikan diperap dlm keadaan terbuka sekurang-kurangnya 24jam..
PadamNk tnya sya ni bru berjinak dengan aquascape .kalau nk wc air tu cam mana perlu ke tambah anti clorin dan anti clorin tu tk menjejaskan pokok ke .
BalasPadamAntiklorin adalah suplimen utk hilangkan kandungan klorin dlm air terawat..ikan sensitif dtn kehadiran klorin.pokok tidak terjejas dgn unsur klorin..sebatikan air & antiklorin sblm masukkan kedalam tank.
PadamAntiklorin adalah suplimen utk hilangkan kandungan klorin dlm air terawat..ikan sensitif dtn kehadiran klorin.pokok tidak terjejas dgn unsur klorin..sebatikan air & antiklorin sblm masukkan kedalam tank.
PadamNak tanya media filter ape yang sesuai dan berkesan utk jernihkan air dan selamat utk ikan? Sebab sy guna filter bawah
BalasPadamBila disebut media filter, mesti tau kegunaan setiap media filter..selagi media x kotor atau tercemar, ia selamat utk hidupan akuatik..utk penerangan pasal media filter,panjang..google pun bleh jumpa bacaan berkenaan media filter..klau nak masuk group FB pun ade geng pembela ikan ni. Malaysia Aquarium Fishkeeper name group tu. Mmg aktif.
Padamkenapa ikan2 sy semua terapung dipermukaan air..ke mmg perkara biasa
BalasPadamIkan ape tu? Terapung macam mane? Tercungap ke?
PadamSaya dh sebulan kebih out station...ikan dalam akuarium kat umah tu mcm mana la agaknya...adakah air boleh kering..kalau kering apakah kesannya...adakah bahaya motor pump air tu kalau air kering..
BalasPadam1 bulan lebih memang tempoh amat lama. ni melibatkan penjagaan makanan ikan, kondisi air, kemungkinan ada ikan mati yg boleh mengakibatkan ammonia-spike sekiranya sudah lama terendam. sekiranya ada yg tolong jaga, itu tiada masalah.motor pump top filter, sekiranya tidak tenggelam dalam air, mmg akan mengakibatkan kerosakan dalaman mesin..harapkan keajaiban saja kalau air masih belum kering & tiada ikan yg mati. tapi kebiasaannya, ini mustahil.
PadamBoss, tumpang Tanya...boss tengok Kat kedai Mana ikan veil tail Oscar tu?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBang, kalau kita ku guna 100% air coway + clorin..ok kah ?
BalasPadamAssalamualaikum nak tanya saya baru permulaan ikan yang saya tak sampai seminggu mati dan saya beli lagi ikan mas koki 5 ekor tak sampai 2 hari ekor ikan urat merah dan macam nak mati sebab apa ya
BalasPadamBang kenapa 2 ikan guppy sy hilng tiba2?..dgr citer cicak bole ke makan?sbb ikan sy bsr laa gak,muat ke mulut cicak had biasa tu
BalasPadamAir bukit(air semulajdi) boleh ke letak dlm aquarium.. Masalahnya..setiap hari ikan molly sy ada saja yg mati.. Huhu
BalasPadamnak tanya bil elektrik pasang akuarium ni tinggi tak?
BalasPadambolehkah bela ikan guppy bersama ikan mas?
BalasPadamPerlukah ikan dapat cahaya matahari sebagai oxygen
BalasPadamikan mampu terus hidup walaupun dlm gelap.hanya pokok yg perlukan cahaya sebagai salah satu sumber untuk ia berfotosintesis..
Padamnak tanya,,ikan molly kena pam oksigen tak?
BalasPadampakai la..ikan akan sihat n aktif...chances untk mati tiba2 xkan
Padamberapa banyak bilangan ikan dalam tank tu? tank berapa saiz? penggunaan air bubble bukan satu keperluan tapi ade keadaan yg ianya diperlukan..macam saya, tank ade supply gas co² untuk aquaplants, sebelah siang. malam sy on air bubble untuk release lebihan gas co² kalau ade & aquaplants perlukan o2 semasa tiada cahaya..tapi ade mase yg sy terlupa & memang sengaja x on air bubble. ikan ok je. bela ikan, kena rajin monitor diorg..ikan tercungap/gasping dipermukaan, mase tu air bubble diperlukan, kemudian siasat kenapa isu tu terjadi.
Padam